Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai kesan tekanan jangka panjang dalam dunia e-sukan serta cara mengekalkan prestasi dan motivasi secara konsisten. Kelas dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pengurusan tekanan, keseimbangan emosi, serta teknik mengekalkan disiplin dan fokus dalam latihan serta pertandingan. Pengisian turut merangkumi kepentingan rehat, penjagaan kesihatan mental, dan pembinaan rutin yang sihat bagi mengelakkan keletihan melampau (burnout). Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan diri dalam e-sukan, seterusnya membantu mereka menjadi pemain yang lebih stabil, berdaya tahan dan konsisten dalam mencapai prestasi yang lebih baik.

KEMPEN INTERNET SELAMAT: SK BELADAU KOLAM
17 Jun 2025 , Sabtu – Kempen Internet Selamat Tahap 2 di SK Beladau Kolam

