PERTANDINGAN NADI E-SUKAN MADANI LEGEND MUSIM KE-4
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend Musim Ke-4 (Mobile Legends) akan dilaksanakan bermula Jun 2026. Sehubungan itu, semua staf NADI diminta untuk membantu mempromosikan pertandingan ini dan mengenal pasti peserta yang berpotensi di kawasan masing-masing.
- 8 KUMPULAN YANG BERTANDING SERAMAI 45 PESERTA
- 3 KUMPULAN BERJAYA MEMENANGI TEMPAT TIGA TERATAS
- TAHNIAH KEPADA KUMPULAN ANOMALI COBRA V1 BERJAYA MENJADI WAKIL NADI PULAU BAHAGIA UNTUK MARA KE PERINGKAT SETERUSNYA
Bagi memastikan penyertaan yang lebih inklusif dan menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang e-sukan, setiap NADI adalah digalakkan untuk mengenal pasti serta membentuk sekurang-kurangnya satu (1) pasukan wanita untuk menyertai pertandingan ini. Untuk kategori ini saringan tidak perlu dijalankan oleh NADI dan pasukan yang daftar akan layak menyertai pertandingan dan akan diundi mengikut Kumpulan.
Kerjasama semua staf dalam usaha mencari, membimbing dan menggalakkan penyertaan pemain wanita amatlah dihargai bagi memastikan objektif program dapat dicapai dengan jayanya.


