Karnival Jom Masuk U Peringkat Negeri Terengganu
MCMC Terengganu telah menyertai Karnival Jom Masuk U Peringkat Negeri Terengganu untuk menjalankan Kempen Internet Selamat yang bertempat di Dewan Sri Mayang, Mayang Mall Terengganu. Program ini dianjurkan bertujuan untuk:
- Melindungi Kanak-Kanak & Belia: Memberikan pendedahan kepada pelajar dan belia tentang bahaya buli siber serta cara melindungi diri daripada kandungan media sosial atau penderaan seksual dalam talian.
- Menangani Penipuan Siber: Membantu komuniti, termasuk warga emas, mengenal pasti dan mengelakkan taktik penipuan atas talian (scam), perjudian digital, dan pelaburan tidak wujud.
- Memperkasa Pemantauan Ibu Bapa: Mendidik ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan memantau aktiviti digital anak-anak serta menguruskan masa skrin dengan berkesan.


